Ahad, 17 Ogos 2014

ROSE.....



BUNGA ROS


     Bunga Mawar atau  Bunga ros merupakan sejenis salah satu tumbuhan berbunga iaitu tumbuhan saka, yang tergolong di dalam kumpulan Angiosperm.Bunga Ros sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga ini mula muncul pada zaman Cretaceous

       Bunga Mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar ini mempunyai bau yang harum, contohnya bunga  mawar kampung (damask rose) yang mempunyai bau yang paling kuat dan wangi. Bagi budaya barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.(sweet)
    
         Bunga ros atau Bunga Mawar merupakan tanaman yang tahan lasak, ia juga mempunyai jangka hayat yang panjang, dan mampu bertahan pada keadaan yang kurang sesuai. Bunga ini juga menggemari sinaran matahari. Ia memerlukan tanah yang  subur dan bersaliran baik. Tanahnye juga harus mampu memegang kelembapan dengan julat pH antara 5.7 ke 6.
   
       Ros hidup subur di kawasan suhuyang bersederhana antara 17 – 25 º C dan tidak kurang dari 15º C dan tidak melebihi 27º C. Di Malaysia, kawasan yang sesuai untuk pengeluaran ros keratan adalah di Cameron Highlands.
   Teknik menanam dan menjaga:
  • Ros boleh dibiak melalui biji benih, keratan dan cantuman tunas. Walaupun semua jenis ros boleh dibiak secara keratan, kebanyakannya tidak dapat bertahan lama atau tumbuh subur berbanding pokok hasil dari cantuman tunas.

  • Ros mini tidak dapat dibiak melalui cantuman tunas kerana batangnya yang halus. Ia dibiakkan melalui keratan. Ros taman tidak akan dapat dihasilkan seperti pokok induk jika menggunakan biji benih.

Cantasan:
Cantasan perlu dilakukan untuk mendapat pengeluaran bunga keratan yang banyak. Ini boleh dilakukan dengan membentuk pokok supaya mengeluarkan sekurang-kurangnya dua atau tiga batang yang kuat dan cergas.
Ada tiga gred pangkasan iaitu pangkasan kuat (hard), sederhana dan ringan bergantung kepada jenis ros dan tujuan pangkasan.
Pengurusan Air:
Bagi penanaman ros di bawah struktur pelindung hujan, disyorkan mengguna sistem perenjis mikro (micro sprinkler) semasa peringkat tumbesaran pokok sebelum mengeluarkan bunga. Pada peringkat berbunga, sistem pengairan titis disyorkan.
Keperluan Baja:
Ros memerlukan pembajaan yang seimbang seperti juga pokok berbunga yang lain, Nitrogen untuk pengeluaran daun, phosfat untuk pengakaran yang baik dan kalsium untuk keseimbangan serta tahan penyakit.
Pembajaan yang sesuai untuk ros haruslah mengandungi NPK pada kadar 10:3:15. Untuk meningkatkan saiz bunga, pemakanan dalam bentuk cecair mengandungi kalium pada 3gm/lit. perlu diberi.
Amalan biasa untuk pengeluaran komersial ros adalah penggunaan nitrogen yang tinggi dengan nisbah 15:3:10 sejurus selepas pembungaan selesai. Langkah ini menggalakkan pertumbuhan bunga.
Enam hingga tujuh minggu kemudian apabila menghampiri pengeluaran bunga, baja yang mengandungi kalium dengan nisbah 10:3:15 diberi bersama pemakanan cecair mengandungi nitrate of potash pada kadar 3 gm/lit.









bunga kebangsaan kita..

                                                   
                                                                     BUNGA RAYA

    Bunga raya, yang dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu atau nama saintifiknya (Hibiscus rosasinensis)  merupakan sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini mempunyai 200-220 spesies ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya yang bersifat besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid dihasilkan, dengan pelbagai warna dari putih kepada kuning dan kuning bata kepada merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.


       Bunga Raya adalah pokok renek yang berasal dari Barat Asia, yang juga dikenali sebagai Mawar China. Ia ditanam secara meluas sebagai bunga hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunga ini juga digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

      Bunga  ini berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap indah dan tersendiri kerana ia bunga yang cantik tetapi ia tidak menghasilkan buah. Bunga raya juga boleh digunakan untuk perubatan tradisional dan industri kosmetik. Bunga raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa -sinensis yang berasal dari China. Pokok bunga raya ini juga terdiri daripada rumpun Malvaceae yang mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna.

       Antara warna  yang terdapat pada bunga raya tersebut ialah merah jambu, putih, kuning dan merah (warna kesukaan saya)^^. Di negara asalnya (China) pokok bunga raya ini menghasilkan biji benih yang baik untuk  pembiakan. Berbeza di Malaysia, mempunyai iklim yang lembab sepanjang tahun, bunga raya di sini tidak mengeluarkan biji benih yang boleh dijadikan baka.  Kaedah pembiakan di sini adalah melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik tisu kultur.

                                                  

                                      

MENGAPA DIPILIH
      Pada tahun 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Antara bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Setelah  melakukan pemilihan , Bunga Raya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu oleh TYM Al -Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian Pertanian juga telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga tersebut ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar man akala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

         Akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara.



MAKSUD WARNA BUNGA RAYA
gara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan . Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
       Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negar a dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni.
Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin. kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.





                                                                





   



       
jenis-jenis bunga raya:

                  





BUNGA ORKID...

                                               
                                                                      BUNGA ORKID


 Bunga orkid yang juga dikenali sebagai bunga anggerik atau nama inggerisnya (orchid  merupakan singkatan daripada perkataanorchidacea.bunga orkid merupakan keluarga pohon berbunga iaitu Angiosperma.bunga anggerik ini juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara singapura.


                                                                                 



         Menanam orkid merupakan satu hobi yang menarik bagi rakyat malaysia dengan menanam  orkid ia dapat menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya.
Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya.
Setiap pokok orkid yang dibeli, biasanya mempunyai label nama bagi orkid berkenaan dan sekiranya tidak mempunyai label, pertanyaan boleh diajukan kepada pemilik kedai bunga atau nurseri tersebut.
Bagi mereka yang baru mula berjinak dengan penanaman orkid, saya syorkan supaya membeli jenis orkid yang murah, dan biasa terdapat di pasaran seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Setelah anda memahami dan mendapat pengalaman yang mendalam serta mantap, barulah anda membeli orkid yang lebih eksotik.

   Penyediaan keperluan Orkid
     Setelah kita tahu jenis orkid yang kita beli, kita mesti meletakkannya di tempat yang bersesuaian samada di luar atau di dalam rumah. Faktor persekitaran patut diambil kira bila menanam orkid.
Secara umumnya, kita tidak perlu ruang teduh yang banyak sekiranya pokok yang ada hanya sedikit. Berikut adalah panduan untuk menanam beberapa jenis orkid yang banyak di pasaran.


      Ciri-ciri Orkid
Umumnya, orkid boleh dibahagikan mengikut ciri pertumbuhannya iaitu monopodial dan simpodial. Monopodial adalah orkid yang mempunyai hanya satu batang dan akan tumbuh meninggi. Tangkai bunganya akan keluar di antara daun. Contohnya, orkid Vanda, Mokara dan Phalaenopsis. Manakala orkid simpodial pula mempunyai rizom, iaitu batang yang tumbuh rapat dipermukaan pasu. Beberapa pucuk baru akan tumbuh daripada bahagian ini. Tangkai bunga akan keluar di penghujung pucuknya. Selepas berbunga, pucuk baru akan tumbuh dan berbunga. Contoh orkid simpodial ialah Oncidium, Dendrobium, dan Catteleya.